Selamat Datang
ke Argrow Farm
Pusat Ternakan & Ladang Biri-Biri Premium
Dari ternakan aqiqah, korban dan komersial, Argrow Farm kini berkembang sebagai penyedia perkhidmatan dan penyelesaian penternakan yang lengkap.

Penghasilan Ternakan Biri- Biri Berkualiti Memerlukan Pengurusan Ladang Yang Sistematik & Ekosistem Mampan

Menghasilkan ternakan yang berkualiti bukan hanya bergantung kepada penjagaan harian. Ia memerlukan pengurusan yang terancang, pemantauan yang konsisten dan ekosistem yang mampu menyokong perkembangan ternakan dari peringkat pembiakan sehingga ke pasaran.
Melalui Berek Birri™ dan sistem MyBirri™, Argrow Farm menerapkan pendekatan penternakan moden yang menggabungkan operasi ladang, pemantauan digital dan pembangunan industri dalam satu platform yang lebih teratur dan mudah diakses.
Ekor Kambing
Tahun Pengalaman
Cawangan
Perkhidmatan Kami

Ternakan Biri-Biri & Bekalan Halal
Pengurusan ternakan kambing biri-biri untuk aqiqah, korban dan keperluan komersial, dengan penekanan kepada kualiti, penjagaan dan pengurusan ladang yang lebih teratur.

Berek Birri™
Pusat operasi ladang biri-biri Argrow Farm yang menguruskan penternakan, pengurusan ladang dan sistem penjagaan ternakan secara sistematik serta berasaskan standard yang terkawal.

MyBirri™
Sistem digital pengurusan ladang biri-biri yang membolehkan pemilik memantau perkembangan ternakan mereka secara masa nyata, termasuk laporan, status kesihatan dan rekod ladang melalui platform digital.

Kadet Ternak
Program latihan praktikal di ladang biri-biri Argrow Farm yang memberi pendedahan kepada operasi penternakan moden, pengurusan ternakan dan kerja-kerja ladang secara langsung.

Birri™ Campsite
Pengalaman agro-rekreasi di dalam kawasan Berek Birri™, yang menggabungkan aktiviti ladang, camping dan aktiviti santai untuk keluarga, komuniti dan kumpulan kerja.

Produk Kami
Pilihan produk berasaskan biri-biri Argrow Farm yang dihasilkan untuk kemudahan, kualiti dan pengalaman hidangan yang lebih memuaskan untuk pelbagai jenis majlis dan keperluan.

Birri™ Golek
Perkhidmatan biri golek untuk majlis dan acara seperti kenduri, perkahwinan dan jamuan korporat. Disediakan menggunakan biri-biri berkualiti untuk hidangan yang lazat dan berkualiti.

Birri™ Yani
Produk makanan sedia dimakan berasaskan biri-biri, direka untuk kemudahan harian tanpa mengorbankan rasa dan kualiti. Sesuai untuk individu dan keluarga yang mahukan hidangan cepat, mudah dan berkualiti.
Kenali Argrow Farm
Argrow Farm (Afdal Rezeki Sdn Bhd) ialah syarikat penternakan yang memberi fokus kepada pembiakan dan pengurusan biri-biri baka Blackhead Dorper untuk pasaran akikah, korban dan komersial. Selain penternakan, kami turut membangunkan pelbagai perkhidmatan berkaitan yang menyokong pembangunan industri dan memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk mengenali dunia penternakan dengan lebih dekat.

Perkembangan Terkini
Ikuti perkembangan terkini, aktiviti ladang dan pelbagai inisiatif daripada Argrow Farm.

18 Mac 2026
Tiga Tahun Bersama Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi

4 Feb 2026
Birri Yani dan AR Dodol dari Argrow Farm sebagai wakil rasmi produk usahawan Veteran ATM
Sertai Revolusi Penternakan Moden Di Ladang Biri-Biri Argrow Farm
Argrow Farm menggabungkan pengurusan ladang, pemantauan dan operasi ternakan dalam satu sistem yang lebih tersusun melalui Berek Birri™ dan MyBirri™. Jika anda serius tentang penternakan yang lebih sistematik, hubungi kami.


